RINGANKAN TANGAN DENGAN DOA DAN BANTUAN

RINGANKAN TANGAN DENGAN DOA DAN BANTUAN

my-portfolio

Berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dapat dilihat pada nasib anak syurga adik Haraz Naufal. Dilahirkan dengan ujian ...

JOM SAKSIKAN RENTAK JUARA (PERTANDINGAN AKHIR)
KEMPEN BONANZA “EMAS”
KAIN PASANG PERCUMA

Berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dapat dilihat pada nasib anak syurga adik Haraz Naufal. Dilahirkan dengan ujian yang besar menambahkan lagi rasa simpati kepada kita sebagai insan kerdil ini. Bukanlah kehendak dia atau kehendak kita untuk memilih ujianNya, namun yang pasti sudah tentu ada sebab mengapa dikurniakan hadiah sebesar ujian ini.

Ayahnya, Muhamad Noor Syuhada Yusoff, 36, dari Kampung Sungai Durian, Pokok Sena, hanya buntu mengenangkan nasib anak keduanya itu. Pendapatan sebulan yang hanya sebanyak RM600 hasil daripada kerja menorah getah hanya mampu menampung kehidupan bersama isteri, Norsyuhada Abdullah, 28 dan anak sulung, Muhammad Nazmi Danish.

“ Saya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM600 sebulan, saya tidak mampu menyediakan duit sebanyak itu untuk pembedahan anak,” katanya.

Penyakit adik Naufal mulai dikesan oleh jururawat selepas dilahirkan dengan muka dan anggota badan yang kebiruan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Pemeriksaan mendapati Haraz Naufal mengalami masalah jantung yang memerlukan pembedahan segera.” Saya kini bimbang dengan keadaannya kerana tidak mampu menanggung kos pembedahannya,” katanya.

Diharapkan, agar bersama-sama kita membantu Encik Muhamad Noor bagi menanggung kos pembedahan anaknya adik Haraz Naufal. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun milik ayah adik Haraz Naufal seperti tertera di bawah.

Akaun BSN – 0213041000111228
(Muhamad Noor Syuhada B. Yusoff)

Atau boleh hubungi terus boleh menghubungi keluarga itu di talian 012-5654827.

 

Baca penuh: http://www.mingguanwanita.my/

Facebook Comments

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0