RESTORAN ALISSARA (THAI CUISINE)

RESTORAN ALISSARA (THAI CUISINE)

my-portfolio

RESTORAN ALISSARA (THAI CUISINE) CS23 Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, Puchong   Masakan Thai merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Mal...

IMPERIA ASIA at SELANGOR INTERNATIONAL EXPO 2017

RESTORAN ALISSARA (THAI CUISINE)

CS23 Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, Puchong

 

Masakan Thai merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana sahaja. Restoran masakan Thai pula tumbuh bagai cendawan tidak kira di kota mahupun di desa. Ada yang berjaya menawan selera pelanggan malah ada juga yang suam-suam kuku.

Di Puchong, Restoran Alissara Thai Cuisine boleh dianggap berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bermula lebih 6 tahun dulu di Puchong Perdana, ia berkembang menjadi sebuah restoran yang setanding dengan restoran Thai yang lain seperti Sabye Sabyre Thai atau Seri Thai. Restoran ini adalah ekslusif untuk makanan Thai.

Menunya meliputi hidangan ala carte berbentuk nasi, bihun, mee dan sebagainya. Tidak kurang juga menu lauk pauk seperti ikan kerapu masam manis, ikan siakap tiga rasa, pilihan aneka tomyam dan menu masakan seafood seperti kerang-kerangan, siput, lalah, udang serta sotong. Terdapat juga menu sayuran seperti kailan dan kangkung.

Menurut pelanggan-pelanggan tetap restoran ini, makanan di sini mempunyai rasa Thai sebenar walaupun sedikit pedas. Cuma ada yang memilih sup perahu pecah dan kari hijau berbanding tomyam.

Salah satu kelebihan yang sering disebut berkenaan restoran ini adalah kesegaran makanan lautnya samada ikan, udang, sotong, ketam mahupun apa saja.

Tahap  perkhidmatannya juga agak baik dan harganya walaupun tidak semurah warung tetapi masih menjimatkan berbanding restoran makanan Thai yang termasyhur. Tidak hairanlah jika restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan dan menjadi pilihan utama. Ada yang menganggap Restoran Alissara ini adalah restoran makanan Thai terbaik di Puchong.

Sumber: Saji.My

Facebook Comments

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0