4 HOMESTAY TERBAIK DI MELAKA UNTUK PERCUTIAN KELUARGA

4 HOMESTAY TERBAIK DI MELAKA UNTUK PERCUTIAN KELUARGA

my-portfolio

Musim cuti awam, perayaan dan cuti sekolah nampaknya semakin tiba. Inilah masanya untuk anda membawa anak-anak dan keluarga bercuti meluangkan masa be...

IMPERIA ASIA at SELANGOR INTERNATIONAL EXPO 2017

Musim cuti awam, perayaan dan cuti sekolah nampaknya semakin tiba. Inilah masanya untuk anda membawa anak-anak dan keluarga bercuti meluangkan masa bersama. Berikut merupakan senarai idea lokasi-lokasi penginapan yang menarik untuk anda sekeluarga di negari Melaka.

Mengapa Melaka yang terpilih? Sebab tinjauan yang dibuat seringkali mencadangkan lokasi-lokasi di Melaka. Sambil anda bercuti, boleh juga kunjungi tempat menarik disana. Yang penting, bila penat berjalan, tempat penginapan anda selesa dan berbaloi. Betul tak?

1.DESA BALQIS BEACH RESORT

1-desa-balqis-beach-resort

Desa Balqis adalah sebuah resort yang terletak di Kuala Linggi, mempunyai beberapa buah homestay dengan reka bentuk rumah tradisional Melaka. Dengan keluasan yang besar dan harga bilik serendah RM150 semalam, lokasi ini sesuai untuk majlis perjumpaan keluarga dan percutian dengan bilangan ahli keluarga yang ramai. Paling menarik, ia memiliki sebuah kolam renang menghadap laut yang sangat indah dan tenang.

Info lanjut:

KM 50, KAMPUNG BUKIT DARAT, KUALA LINGGI,

KUALA SUNGAI BARU, 72800 MASJID TANAH,

MELAKA, MALAYSIA

WAKTU PEJABAT: 8:30 PG – 5.30 PTG

TEL: 03-40227728

EMAIL: mail@desabalqis.com

enquires@multilifttravel.com.my

2.THE HUT,SERKAM

2-the-hutserkam

Terletak di Daerah Merlimau, The Hut berkonsepkan suasana kampung yang permai malah chaletnya yang bermotifkan bumbung daun nipah. Kampung Serkam terkenal sebagai kampung nelayan dan lokasi tersebut berdekatan dengan banyak warung ikan bakar. The Hut juga menyediakan ruang BBQ, basikal sewa untuk bersiar-siar, wifi percuma, dan kawasan parkir juga kawalan CCTV 24 jam.

Info lajut:

KM 18, KAMPUNG SERKAM TIMUR,

JALAN SERKAM PANTAI,

77300, MERLIMAU,

MELAKA, MALAYSIA.

EMAIL: thehutmalaysia@gmail.com

3.MASBRO VILLAGE

3-masbro-village

Penginapan ini mengingatkan kita kepada Brighton Beach, Australia dengan konsep yang warna terang dan harmoni. Masbro Village mempunyai lokasi yang strategik kerana dekat dengan pasaraya TESCO dan ianya selamat kerana kawasan ini berpagar dan dikawal rapi.

Info Lanjut:

LOT 291, BATU 7 ½, PAYA RUMPUT,

JALAN PAYA RUMPUT PERDANA, 76450,

MELAKA, MALAYSIA

TEL: 013-3136872

4.LIMASTIGA VILLA RESORT

4-limastiga-villa-resort

Villa ini sangat privasi dan selayaknya diberikan 5 bintang untuk suasana yang sangat tenang tanpa gangguan luar. Menggabungkan seni bina moden dan tradisional, Limastiga memiliki kolam renang yang besar dan persekitaran yang bersih. Terletak hanya 15 minit dari Bandar Hilir, lokasi ini berdekatan dengan warung ikan bakar yang terkenal di Umbai, Melaka. Malah jika anda mahu ke Pulau Besar, anda boleh menaiki bot di jeti Umbai dan mengambil masa 20 minit ke pulau lagenda tersebut.

Info Lanjutan:

LIMASTIGA 2046 JALAN BUKIT TEMBAKAU, 77300 UMBAI,

MELAKA FOR RESERVATION OR INQUIRIES.

CALL/WHATSAPP: 0126237687 (SITI)

BLOG: limastiga.blogspot.my

 

SUMBER: JELITA, Curlyjow

Facebook Comments

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0